Saturday, March 5, 2011

SYURGA atau NERAKA..??

manakah barisan yang anda akan digolongkan di hari kiamat..??

diriwayatkan pd suatu hari Mu'az bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w. "wahai Rasulullah, tolong huraikan kepada sy mengenai firman Allah s.w.t."pd hari sangkakala(trumpet) ditutup kamu datang berbaris2".

mendengar pertanyaan itu, Rasulullah menangis lalu menjawab: "Wahai Mu'az, engkau telah bertanya kepadaku perkara yang amat besar, bahawa umatku akan diheret berbaris2 menjadi 12 barisan dengan amalan sendiri di mana barisan pertama hingga ke-11 tempat kembalinya ialah NERAKA kecuali barisan ke-12 tempat kembalinya SYURGA.

BARISAN 1
diheret dr kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan ini dijelaskan melalui satu seruan dr sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka itu adalah orang yg sewaktu hidupnya menyakiti jirannya".


BARISAN 2
diheret dr kubur berbentuk babi hutan. Datang seruan dr sisi Allah Yang Maha Pengasih, "Mereka adalah orang yg meringan-ringan kan solat".


BARISAN 3
mereka berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. "Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat".


BARISAN 4
diheret dr kubur dalam keadaan darah seperti pancutan air yang keluar dr mulut mereka."Mereka itu adalah berdusta dalam jualbeli".


BARISAN 5
diheret dr kubur berbau busuk lebih dr bangkai. Ketika itu Allah turunkan angin hingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka adalah orang yg menyembunyikan perlakuan durhaka dan takut diketahui oleh manusia tetapi tidak takut pada Allah.


BARISAN 6
diheret dr kubur dengan kepala terputus dr badan. "Mereka itu adalah org yang menjadi saksi palsu.


BARISAN 7
diheret dr kubur dengan keadaan terbalik manakala kepala di bawah kaki di atas. "Mereka adalah orang yg berbuat zina".


BARISAN 9
diheret dr kubur dengan berwajah hitam gelap bermata biru sementara di dalam perut mereka penuh dengan api yang bergelora. "Mereka adalah orang yang memakan harta anak yatim dengan jalan yang tidak betul".


BARISAN 10
diheret dr kubur berkeadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. "Mereka adalah orang yang durhaka kepada dua ibu bapa".


BARISAN 11
diheret dr kubur berkeadaan buta, gigi mereka memanjang seperti lembu jantan, pipi mereka melebar sampai ke dada dan lidah terjulur sampai ke perut dan paha sedangkan perut mereka keluar baranika kotoran. "Mereka adalah peminum arak".


BARISAN 12
dikeluarkan dr kubur berkeadaan bersinar-sinar. Mereka melintasi Titian Sirat seperti kilat. "Mereka adalah orang yg beramal soleh dan berbuat kebajikan. Mereka menjauhi perbuatan durhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal keadaan mereka sudah bertaubat, tempat kembali adalah syurga di sisi Tuhan mereka".






nauzubillah..mudah-mudahan kite tidak tergolong dalam barisan 1 hingga ke 11..
sama2 kita muhasabah diri ke jalan kebaikan dan jalan yg diREDHAI ALLAH..pintu taubat masih terbuka buat kite..


note : peringatan buat semua sahabat dan juga buat saya sndiri..amin....