Monday, January 9, 2012

KETAKWAAN KEPADA ALLAH TA'ALA

bismillahirrahmanirrahim..
alhamdulillah..ku panjatkan kesyukuran kpd ALLAH subhanahu wa ta'ala kerana masih lg diberi peluang untuk bernafas dan dengan itu, dapat aku berkongsi sesuatu pd sahabat yg amat aku syg..

merungkai pd kitab 1oo1 Kisah Benar yang diterbitkan oleh Jasmin Enterprise, tertarik dengan tajuk KETAKWAAN KEPADA ALLAH TA'ALA.. melihat kepada kisah2 benar para sahabat, kisah nabi dan rasul, para salafussoleh, para sufi dan para insan mulia..

Seorang soleh berkisah : " Kami pernah berada pd majlis seorang guru. Ketika dia telah menyampaikan nasihat-nasihatnya, orang2 yang hadir pown menangis. Di majlis tersebut terdapat seorang pemuda yang mendengar guru tersebut menerangkan tentang neraka dan apa2 yang diesediakan dari azab yang pedih bagi orang2 yang derhaka padaNYA.

Kemudian pemuda tersebut berteriak : " Betapa aku kasihan diriku sendiri akibat perbuatanku yang melampaui batas kepada ALLAH. Aku telah membuang-buang umurku. Aku telah melupakan keluargaku dan melalaikan amal soleh".

Kemudian dia menghadap ke kiblat dan berkata : " Ya ALLAH, sesungguhnya aku pada hari ini mengadap pada Mu dengan taubat yang tidak bercampur sedikit pown riak kepadaMu. Terimalah taubatku dari amal-amal buruk yang telah aku lakukan. Maafkanlah kesalahanku dan kasihanilah keterlanjuran aku.

Aku kembali kepadaMu dengan ketulusan seluruh anggota tubuhku. Celakalah aku sekiranya Engkau tidak menerima taubatku." Tiba-tiba pemuda tersebut jatuh lalu pengsan. Ketika kami menggerakkannya, ternyata dia telah meninggal dunia..Semoga ALLAH merahmatinya..