Sunday, June 26, 2011

kelebihan PAHALA umat Rasulullah

assalamualaikum w.b.t..
mudah-mudahan sihat selalu..
rini, sy terasa nk kongsi buku yg sy bce smlm..
sdeyh jugaklah ble bce buku berilmu dimana sy xtau ilmu itu sebesar gunung dlangit yg masih sy cari2..
alhamdulillah..petunjuk tu ada..
hidayah tu ada buat kite sebagai hambanya..
wallahualam..
klah, sy teroskan ngan cte ea eyh..


tajoknye ialah kelebihan pahala umat Rasulullah..


sesungguhnya solat itu tiang agama..
kalau xsolat, runtuhlah tiang itu..




Ka'bul Ahbar berkata bahawa : 'Saya telah membaca kitab yang diturunkan oleh Allah S.W.T. kepada nabi Musa A.S. yang mana Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai Musa, dua rakaat yang disembahyangkan pada waktu subuh oleh Muhammad dan umatnya Aku mengampunkan bagi mereka ( yang mengerjakan solat Subuh) semua apa-apa yang terjadi pada malam dan siang hari, dia tetap di bawah lindunganKu."


Firman Allah S.W.T. : "Wahai Musa, solat Zohor empat rakaat yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, Aku akan beri kepada mereka pengampunan pada rakaat pertama, Aku beratkan timbangan mereka pada rakaat kedua, rakaat ketiga Aku kerahkan para malaikatKu bertasbih dan membacakan istighfar (memohon ampun) bagi mereka dan pada rakaat keempat aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit sehingga para bdadari dapat mengintai mereka".


Firman Allah S.W.T. :"Wahai Musa, empat rakaat solat ASAR yang dilakukan oleh Muhammad dan umatnya, maka semua para malaikat di langit dan di bumi meminta ampun untuk mereka, maka sesiapa yang telah diminta ampun oleh malaikat, tidaklah aku siksa mereka itu."


Firman Allah S.W.T.: "Wahai Musa, solat maghrib tiga rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya, iaitu ketika matahari terbenam, maka Aku bukakan untuk mereka pintu-pintu langit, dan setiap sesuatu yang mereka minta pasti akan Aku berikan."


Firman Allah S.W.T. :Wahai Musa, solat isya' empat rakaat yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya ketika terbenam mega-mega merah, solat itu adalah lebih baik dari dunia dan seisinya dan juga mereka terlepas dari dari dosa-dosa.Mereka itu bagaikan anak yang baru lahir dari perut ibu".


Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, jika Muhammad dan umatnya berwudhu' sebagaimana Aku perintahkan, maka aku berikan kepada mereka setiap titik air wudhu' itu dengan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi."


Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, puasa yang dikerjakan oleh Muhammad dan umatnya dalam bulan Ramadhan selama sebulan dalam setiap tahun, maka akan Aku berikan mereka setiap satu hari puasa itu satu kota di syurga dan setiap kebaikan yang dilakukan oleh mereka, yang sunat akan diberi pahala sebesar pahala fardhu. Aku berikan kepda mereka satu malam yang bernama Lailatul Qadar, barang siapa yang membaca setiap istighfar pada malam itu hanya sekali tetapi dengan bersungguh-sungguh dan menyesal di dalam hatinya terhadap kesalahan-kesalahannya. Apabila da mati pada malam itu atau pada bulan itu, maka Aku berikan pahala kepadanya pahala 30 orang mati syahid."


Firman Allah S.W.T. : Wahai Musa, di antara umat Muhammad S.A.W. ada orang yang berdiri atas tempat-tempat tinggi untuk mengumandangkan syahadat La illaha illallah, maka pahala mereka bagaikan pahala para nabi-nabi A.S. dan rahmatKu wajib atas mereka. Sedangkan murkaKU jauh dari mereka pintu taubat selama mereka tetap bersyahadat Ashhadu an Laa illaha illallah.."..


Ya ALLAH, sungguh besar nikmat yang Kau berikan buat umat Nabi Muhammad S.A.W..akan ku cari cahaya darimu untuk pntu rahmat yg terbuka luas buat kami..




dr kitab himpunan kisah-kisah teladan 
khas buat semua..

No comments:

Post a Comment